sape 2...

Isytihar atau Sembunyi? Bersangka baiklah

Bismillahirrahmanirrahim

Dah breakfast? Ya Allah nikmatnya minum aloevera (cleansing) + tea mix (detox) + Shake chocolate (healthy breakfast)..complete nutrition 55 in 1..Alhmdulillah. Apa khabar hati anda hari ini? :)

Hati..kadang-kadang baik dan kadang-kadang jahat kan. Eh, macam mana tu? Sebenarnya, hati menerima darah baik atau darah jahat tanpa banyak soal. Dari mana pula datangnya darah baik atau darah jahat? Darah kita terbentuk daripada apa y kita makan. Secara rohaninya, makanan halal membentuk darah y baik manakala makanan haram pula akan membentuk darah y jahat. Apabila darah ini mengalir dalam tubuh badan, maka perangai seseorang itu sedikit sebanyak bergantung pada jenis darahnya. Oleh kerana itulah para ulama sangat menjaga makanan mereka..SubhanaAllah. Lumrah manusia suka di puji juga mengeji, betul ke betul? Tanya sama hati mana letak iman nanti jawab hati tanyalah badan....

Inilah bisikan nafsu dan kata hati y terpesong..Astaghfirullah.. Sedangkan agama kita menganjurkan agar kebaikan dihebah-hebahkan dan keburukan disorok-sorokkan. Contohnya.. 
mengumpat y baik
Aib atau mengumpat y tak baik
Firman Allah S.W.T dalam surah Ad-Dhuha ayat 11 y bermaksud :
" Dan adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya."

Berkata-kata tentang kebaikan orang lain bukan untuk bermegah-megah, sebaliknya bersyukur dengan sifat y dia ada. Y paling best dapat pahala (bonus)! Maka akan tersebarlah berita bahawa orang Islam ialah orang y baik, bukannya tangkai jering ataupun pengganas. Dalam kita mengumpat orang atau senang kata membuka aib orang lain sebenarnya kita sedang membuka aib diri kita sendiri iaitu seorang pengumpat! Pujian y datang dari hati akan turun ke hati juga.


Kita tak tahu pon masalah sebenar y dia hadapi dengan mudahnya kita menghukum dia. Adil ke tak adil? Off course la tak adil. Sepatutnya kita bersangka baik. Cuba kita letakkan diri kita di situasi dia. Sedangkan dia juga ada hati dan lidah. meronta-ronta untuk meluahkan keadaan sebenar. Mana tahu dia sedang mengalami masalah kewangan, mana tahu dia nak mengelakkan tetamu dia mengalami masalah "kegemukkan"..ha, sebab ini boleh jugakkan! hehee.. 

Pernah suatu malam aku dan adik aku duduk berbual di luar rumah. Tiba-tiba datang seorang lelaki tegur.. 

" korang berdua ni buat apa malam-malam dekat luar rumah? Berdua pulak tu! " Dengan berseluar pendek sambil merokok.

Nampak tak situasi ni. Then, kami explain la y kami adik-beradik dan terlupa bawak kunci rumah =_='

Ini aib orang macam mana pulak dengan aib diri sendiri? Kadang-kadang kita tak sengaja menceritakan aib diri kita sendirikan. Misalnya, perkara-perkara buruk y pernah kita lakukan pada masa lampau, boleh tarik semula? Bila aib dah tersingkap, siapa boleh jamin rahsia itu selamat di telinga orang yang mendengarnya? Terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata-kata, tersingkaplah aib diri. 

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasululah s.a.w bersabda :
" Dan sesiapa y menutup rahsia seorang Islam nescaya Allah menutup rahsianya di dunia dan di akhirat, " - HR Muslim

Pesan Nabi s.a.w: Wahai kumpulan orang y beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk ke dalam jiwanya, janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka. Ini kerana sesiapa y berbuat demikian, Allah akan membuka rahsianya. Dan sesiapa y Allah buka rahsianya, maka dia akan dimalukan dalam rumahnya sendiri (sekalipun dirahsiakan).

Di sinilah letaknya peranan hati..(sambil meletakkan tangan di hati) Hati y waras mesti boleh memikirkan kesan daripada hukuman tersebut, akan kembali tenang selepas hukuman tersebut dilaksanakan atau sebaliknya? Orang y baik hatinya, automatik tidak menyukai percakapan y kotor atau sia-sia. Jika mengaku hati baik tapi lidah masih celopar, mungkin ada y tak kena tentang hatinya.

Selimutkanlah segala aibmu
Dengan menutup aib saudaramu
Moga tidak diaibkan di khalayak Mahsyar

Oke..itu je..nak share pon tak boleh lebih-lebih sangat sebab aku pon in progress. Bukan senang tapi bisa! ecehhh keluar perkataan indon pulak. Kan nak improve english language tapi tak salah pon.. :D 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...