sape 2...

Menjadi Semulia-Mulia Isteri

Daripada Anas bin Malik r.a. yang berkata, maksudnya: "Seorang anak Abu Talhah daripada Ummu Salim telah meninggal dunia. Ummu Salim berkata kepada keluarganya: 'Jangan ceritakan kisah anak ini kepada Abu Talhah sehingga aku sendiri yang akan menceritakannya.


Maka pulanglah Abu Talhah, lalu Ummu Salim menyediakan makan malam untuknya. Lalu Abu Talhah pun makan sementara Ummu Salim berhias secantik mungkin tidak seperti sebelumnya. Lantas Abu Talhah tertarik kepadanya.


"Setelah menyedari Abu Talhah telah kenyang, maka Ummu Salim pun mendekati Abu Talhah. Ummu Salim berkata: 'Wahai Abu Talhah, bagaimana pendapatmu apabila ada satu kaum yang meminjamkan sesuatu kepada sebuah keluarga, lalu kaum tadi meminta kembali pinjamannya, bolehkan keluarga tadi menolak?' Abu Talhah menjawab: 'Tidak boleh.' Ummu Salim berkata: 'Lalu bagaimanakah sekiranya itu adalah anakmu?' Lalu Abu Talhah menjadi gusar seraya berkata: 'Apakah engkau membiarkan aku sehingga engkau sendiri yang menanggung beban dan akhirnya baru engkau menceritakan tentang anakku?' Lalu Abu Talhah datang menghadap Rasulullah s.a.w. dan memberitahu Baginda apa yang telah terjadi. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: 'Semoga Allah s.w.t. memberkati malam kamu berdua.' (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cuba kita renungkan, betapa tabahnya hati seorang isteri menanggung beban seberat itu, tetapi dalam masa yang sama masih terus mengutamakan perihal suami dalam apa jua keadaan sekalipun.



Isteri solehah tidak menyambut kepulangan suaminya kecuali dengan khabar gembira. Setelah menenangkan suami, dihidangkan makanan untuknya, lalu menghampiri suaminya sehingga suaminya berhajat kepadanya, lalu dia mencari wasilah terbaik untuk menyampaikan berita dan kaedah yang sungguh bijaksana dan kesabaran yang mendalam. Semoga Allah terus meredai iktibar dan kesabaran yang mendalam. Semoga Allah terus meredai iktibar dan kesabaran isteri yangberusaha menyambut kepulangan suami dengan cara yang baik. Amiinnnn......

WaAllahualam....n_n
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...